fbpx

Gambar: Gelagat Lisa Surihani Dan Yusry KRU Di Hari Raya Aidiladha

Gelagat Lisa Surihani Dan Yusry KRU Di Hari Raya AidiladhaBagaimana sambutan hari raya Aidiladha anda semua? Harap tiada yang terlebih dos ketika makan daging korban. Dan, ini gambar Lisa Surihani & Yusry KRU.

November 2012 boleh kami katakan sebagai bulan sibuk untuk Lisa Surihani apabila terlibat dengan pementasan Tun Siti Hasmah & juga promosi filem Istanbul, Aku Datang.

Istanbul, Aku Datang akan ke pawagam bermula 8 November ini manakala pementasan teater Tun Siti Hasmah di Istana Budaya akan bermula pada 9 hingga 19 November 2012.

Itu sahaja perkembangan Lisa Surihani ketika ini, masih belum mengandung dan bahagia seperti awan ke’sembilan bersama Yusry KRU. Lagi gambar selepas ini, enjoice!