Oleh RotiKaya Staff pada
08 November 2011, 10:11AM

Jika anda perasan, awal Oktober 2011 yang lalu, Anzalna Nasir ada di’ajukan soalan tentang hubungan beliau bersama seorang lelaki bernama Hanif oleh sebuah akhbar nasional — tetapi beliau menafikan apa apa gossip.

Namun, ketika berbicara ketika wartawan kami yang mengikuti penggambaran Sepah The Movie di Johor Bahru baru baru ini, Anzalna Nasir secara eksklusif mengakui yang Hanif merupakan teman lelaki beliau.

Menurut Anzalna Nasir yang berlakon sebagai watak wanita utama filem Sepah The Movie ini, percintaan beliau bersama jejaka bernama Hanif ini baru sahaja berlangsung selama tiga bulan — gambar di’sertakan khas buat anda semua.

Dalam temubual yang sama, Anzalna Nasir turut meluahkan hasrat untuk mengubah imej seksi beliau ketika ini supaya orang akan lebih mengenali namanya kerana bakat, bukan imej seksi keterlaluan.

Fakta Menarik: Anzalna Nasir juga bercita cita untuk bergelar penyanyi satu hari nanti dan mempunyai impian untuk menyanyikan lagu ala Spanish sebagai sesuatu yang baru.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...