fbpx

Fast & Furious 7 Kutip RM3.6 Billion Selepas 17 Hari

Setelah 17 hari ditayangkan di seluruh dunia, filem Fast & Furious 7 telah berjaya mengutip RM3.6 billion sekaligus menjadikan filem tersebut sebagai filem pertama pada tahun 2015 yang mencatat kutipan tertinggi.

BACA: Paul Walker Tinggalkan Magis Dalam Fast & Furious 7

Siri filem ini yang bermula pada 2001 telah menyaksikan francais tersebut berubah menjadi antara jenama paling terkenal di Hollywood di samping mendapat sokongan daripada berjuta peminat daripada seluruh dunia.

Selain itu, penampilan terakhir pelakon Paul Walker juga merupakan antara sebab Furious 7 dinantikan peminat filem tersebut. Walker sebelum ini maut dalam sebuah kemalangan pada tahun 2013, dimana pengambaran Furious 7 masih berjalan waktu itu.

Selain itu, Van Diesel juga selaku produser dalam masa yang sama turut memberikan gambaran bahawa francais tersebut akan hadir dengan filem ke 8, meneruskan legasi Fast & Furious tanpa kehadiran pelakon Paul Walker. (rtky/s)