fbpx

Farid Kamil Belum Sedia Dedah Anak Ceburi Dunia Seni

Pelakon Farid Kamil yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua berkata, dia belum bersedia untuk membenarkan anak-anaknya terlibat dengan dunia seni.

BACA: Diana Danielle Kongsi Gambar Nur Aurora Di Instagram

“Pertumbuhan Muhammad sangat drastik, dia cepat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa seperti kehadiran peminat saya dan Diana. Tetapi untuk benarkan dia terlibat sangat susah sebab dia masih di peringkat awal”

“Setakat ini saya masih belum nampak dia ke arah itu,” katanya. Farid selaku bapa kepada dua orang cahaya mata kini menjelaskan mahu kedua-dua anaknya itu membesar secara normal seperti kanak-kanak lain.

“Saya nak bagi dia besar senormal mungkin sebelum dia sendiri memutuskan untuk jadi apa,” ujar Farid. (rtky/h)