fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.534)

VIDEO HARI INI: Ini Angelina Jordan dan beliau berusia 8 tahun mendendangkan lagu klasik Bang Bang nyanyian asal Nancy Sinatra di pentas Norway’s Got Talent. Kami terpesona.

Ahli kumpulan Backstreet Boys (BSB) yang kini berusia 34 tahun, Nick Carter baru baru ini telah melangsungkan perkahwinan bersama Lauren Kitt di Santa Barbara, California yang mana beliau sebelum ini pernah berkata tidak mahu berkahwin, selamanya. – Just Jared

Ketika konsert miss A di Thinkpad Space, Beijing salah seorang anggotanya Bae Suzy telah terjatuh ketika menaiki pentas namun tetap meneruskan persembahan dengan buku lali yang jelas berdarah. Semangat harus dipuji. – Soompi

Hujung minggu lalu, laman Instagram tidak dapat diakses kerana mengalami masalah teknikal dan pihak Instagram menafikan yang ianya mempunyai kaitan dengan jumlah gambar yang dimuat naik oleh pengunjung festival muzik Coachella. – TMZ

Sedikit berita fesyen kerana anda semua perlu tahu yang H&M telah mengumumkan kolabirasi terbaru mereka akan menampilkan rekaan dari pereka fesyen terkenal, Alexander Wang dan dunia fesyen kini sedang demam menanti hasilnya. – THR

Pelakon Linda Hashim yang disahkan hamil pada Julai tahun lalu berkata yang beliau melakukan amalan membaca surah Maryam yang dijadikan petua oleh kebanyakan ibu mengandung agar dipermudahkan proses bersalin kelak. – mStar Online