fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.425)

VIDEO HARI INI: Kalau ada antara anda yang terfikir untuk berhenti kerja, ini contoh cara yang classy untuk meraikan kebebasan baru anda. Heh.

Dalam satu temubual kandid, Miley Cyrus menjelaskan yang beliau tidak gemar menonton siri TV popular Breaking Bad kerana watak utamanya, Walter White terlalu banyak batuk akibat kanser yang di’alami. Pun boleh. – US Magazine

Kumpulan pop Korea, SHInee mengumumkan mereka akan kembali pada 14 Oktober ini dan akan melancarkan album mini kelima, Everybody dan ini merupakan album ketiga mereka untuk tahun ini sahaja. Boleh tahan. – Soompi

Pelakon Zain Saidin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berkecil hati kerana tidak menjemput ke majlis merisik antara dia dengan aktres Rozita Che Wan yang diadakan di Carcosa Seri Negara, KL pada hari Ahad lalu. – mStar Online

Hanya selepas 2 minggu mengumumkan kepada khalayak ramai yang mereka berpacaran, Russell Brand mengesahkan yang dirinya kini kembali solo dan hubungan dengan Jemima Khan kini sudah berakhir. Mudah dan pantas ‘kan? – E! Online

Vokalis kumpulan Aerosmith ada sebab untuk merasa gembira setiap hari untuk setahun akan datang kerana Chipotle telah memberikan kad eksklusif buat Steven Tyler untuk terima makanan Mexico percuma selama setahun. – TMZ