fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.391)

VIDEO HARI INI: Oleh kerana iklan raya yang keluar saban tahun sedih sedih belaka, kami rasa inilah yang berlaku di bilik mesyuarat untuk lahirkan idea untuk iklan raya. ‘Kan? (via www.maafzahirbatin.com)

Walaupun tidak pernah mengakui bercinta namun selepas hubungan mereka semakin renggang & ‘putus’, Aliff Aziz akui tidak boleh berkawan mahu pun bersikap professional terhadap Adira AF. – Murai

Juri popular beberapa program realiti TV, Simon Cowell kini sedang menanti kelahiran anak pertama beliau bersama Lauren Silverman yang secara teknikal masih bergelar isteri orang lain. – US Weekly

Ingat lagi imej badan berisi penyanyi ini di The Voice? Christina Aguilera mengejutkan ramai pihak apabila tampil lebih kurus dan kembali menawan dalam satu acara baru baru ini. – Huff. Post

Dalam satu program variasi, ayah kepada Suzy (miss A) mendedahkan yang anaknya itu hadiahkan sebuah café buat ibunya selain membelikan kereta & rumah yang lebih besar buat keluarganya. – Soompi

Aktress Hollywood, Penelope Cruz khabarnya telah bersedia untuk bergelar pengarah buat pertama kali dengan mengarahkan iklan sebuah jenama pakaian dalam terkenal, Agent Provocateur. – RTE