fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.366)

VIDEO HARI INI: Dengan lakon layar Cormac McCarthy & di’bawah arahan Ridley Scott, filem The Counselor tidak susah untuk dapatkan nama besar seperti Michael Fassbender, Brad Pitt, Cameron Diaz, Javier Bardem dan Penélope Cruz. Di pawagam Oktober 2013.

Kalau anda terlalu sibuk untuk menonton program kegemarana anda di atas sofa empuk enak, kini anda boleh tonton bila bila masa di mana sahaja hanya dengan Astro On-The-Go!

Anak mendiang Michael Jackson, Paris Jackson di’dakwa telah merasa tertekan sehingga hampir bunuh diri akibat sikap membuli mereka yang meninggalkan komen di laman Facebook beliau. – TMZ

Sebagai bahan hiburan ringan hari ini, jom tengok Selena Gomez bermain dengan anak kecil, comel terlampau! – US Magazine

Anggota kumpulan pop, 2NE1 berkata mereka lebih selesa bersembang melalui aplikasi teks di telefon bimbit dari bersembang secara berhadapan & timbul pula ossip yang mereka tidak ngam. – Soompi

Ellen Page tidak gemar wajahnya di’jadikan inspirasi untuk satu watak dalam permainan video, The Last of Us kerana punyai konflik dengan kerja beliau dengan tajuk permainan video lain. – Just Jared

Walaupun baru berusia 19 tahun, Elfira Loy khabarnya sudah pun mampu memiliki rumah kediaman sendiri hasil titik peluh beliau kerja dalam dunia hiburan selama ini. Tahniah! – MyNewsHub