fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.348)

VIDEO HARI INI: Kalau anda peminat pembikin filem pendek di Youtube yang seorang ini, pasti anda sudah menonton video terbaru beliau. Kepada yang belum, ini Sebelah Sayap karya Mat Luthfi. Selamat beramal!

Persembahan hambar pada malam previu konsert solo Jamal Abdillah, P.Ramlee Dalam Kenangan adalah disebabkan tidak mendapat kerjasama Istana Budaya bagi melakukan latihan, katanya. – mStar Online

Nampaknya usaha adik beradik sebelah pihak lelaki berhasil selepas Liam Hemsworth di’khabarkan telah memutuskan pertunangan dengan Miley Cyrus yang terikat sejak Jun 2012 yang lalu. – US Weekly

Kereta Ferrari putih milik Justin Bieber yang sama melanggar panggar awam baru baru ini telah di’tahan pula kali ini kerana dipandu melebihi had kelajuan tetapi kali ini di’pandu oleh rakannya, Lil Twist. – TMZ

Macam tidak percaya tetapi itulah kenyataannya apabila pelakon popular Hollywood, Patrick Stewart mendedahkan yang beliau baru sahaja nikmati pizza pertama beliau pada umur 72 tahun. – People

SM Entertainment telah mendedahkan identiti artis solo terbaru mereka dan ianya tidak lain adalah Henry yang sebelum ini pernah dilapor membuat persembahan dengan Super Junior & Super Junior M. – Soompi