fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.179)

Selepas beberapa minggu berada di takhta, kini The Dark Knight Rises telah di’atasi oleh Bourne Legacy yang berjaya mengutip US$40.3 juta berbanding hanya US$19.5 juta hujung minggu lalu. – Just Jared

Bukan tahun yang senang untuk kebanyakkan pasangan Hollywood namun Beyonce & Jay-Z berjaya menduduki tangga teratas sebagai pasangan paling tinggi pendapatan dengan jumlah bersama US$78 juta. – MSN

Ahli sukan Olimpik paling berjaya, Michael Phelps telah sah bersara di usia 27 tahun & bakal menyertai sebuah program realiti TV untuk mengasah bakat beliau dalam permainan golf bersama bekas jurulatih Tiger Woods. – Daily Herald

Namewee sekali lagi tampil dengan kontroversi dan kali ini Lee Chong Wei sendiri meminta maaf kepada semua atas video yang di’keluarkan selebriti itu yang tidak berpuashati dengan kemenangan Lin Dan di Olimpik 2012. – The Star

Kelihatan muncul bersama pada 2008 untuk siri jelajah reunion mereka, Spice Girls (gambar) kembali membuat persembahan untuk majlis penutup Olimpik London 2012. – The Wire

VIDEO HARI INI: Kami gunakan Excel untuk mengira dan sekali sekala berlagak professional dengan angka, tetapi ini kegunaan terkini untuk Excel, hasilkan sebuah video klip.