Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.117) | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
17 May 2012, 12:05AM

Sony Pictures mengesahkan yang mereka telah melantik Aaron Sorkin yang berjaya menghidupkan filem The Social Network untuk menulis skrip filem biopik rasmi untuk Steve Jobs yang bakal mereka terbitkan tidak lama lagi. – AFP

Nampaknya berita tentang Jennifer Lopez yang mengatakan mungkin tidak akan kembali ke kerusi juri American Idol untuk tahu ketiga membuatkan penerbit program realiti TV ini tidak senang duduk. Mereka mahu diva ini kembali. – TMZ

Belum bosan dengan berita The Avengers? Salah seorang pelakon utama filem epik ini, Robert Downey Jr. (gambar) di’khabarkan menerima lebih US$50 juta sedangkan pelakon lain menerima kurang 10% dari jumlah itu. – Huffington Post

Satu lagi kes berlarutan ketika ini, Zahida Rafik sekali lagi menegaskan yang beliau menafikan semua tuduhan yang datang dari bekas pemandu beliau Noor Azman Azemi selain menganggap lelaki itu sebagai pembohong. – mStar Online

Ini untuk sesiapa yang berminat. Bekas isteri Tiger Wood, Elin Nordegren kini di’khabarkan telah pun kembali menjalani kehidupan solo selepas berpisah dengan teman lelaki dan katanya tidak bersedia untuk hubungan serius. – Fox News

VIDEO HARI INI: Tahukah anda yang Facebook kini hanya menanti masa sebelum menjadi syarikat senaraian awam & menjelang detik bersejarah itu, mari kita layankan video Zuckerberg: The Musical dedikasi khas untuk pengasas laman sosial paling popular ini. Enjoice!


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...