fbpx

Ezad Exist Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Tahniah kepada penyanyi Ezad Exist kerana telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua semalam (5 Oktober) dan apa yang lebih penting, isterinya Nor Azeana Ramli turut sama dapat melihat anak kedua tersebut bersama suami tercinta.

BACA: Isteri Ezad Exist Disah Hidapi Penyakit Kanser

“Alhamdulillah anak lelaki saya selamat dilahirkan tanpa sebarang masalah. Cuma saya sedang menunggu perkembangan isteri kerana dia mengalami pendarahan yang banyak,” jelasnya kepada Harian Metro .

Nor Azeana sebelum ini nekad mahu melahirkan anak kedua mereka walaupun disahkan mengidap ketumbuhan Stroma Gastrousus (GIST) yang akan memberi kesan sampingan.

Malah Ezad sendiri pernah mengharapkan keajaiban akan berlaku dan berdoa agar ketumbuhan tersebut akan hilang setelah isterinya melahirkan anak. Buat Ezad, semoga semuanya baik-baik belaka. (rtky/s)