fbpx

Ella Rasa Selesa Dan Tenang Selepas Bertudung

Selepas mula memuat naik gambar imej bertudung sejak kebelakangan ini, Ella akui telah membuat keputusan untuk berhijab sejak Ramadhan lalu dan merasakan sudah tiba masanya untuk mengubah penampilan beliau ke arah yang lebih baik. Berikutan dengan perubahan itu juga, Ella memberitahu beliau berasa lebih tenang dan yakin dengan imej baru itu.

BACA: Ella Terpaksa Kuruskan Badan Demi Konsert

“Saya tidak tahu ingin cakap macam mana tentang apa yang saya rasa, tetapi yang penting saya rasa sangat tenang. Ia bermula pada Ramadan lalu, dimana saya berborak-borak dengan suami dan dia bertanyakan kepada saya, adakah saya mahu bertudung. Jadi saya terus cakap ya, saya mahu bertudung. Dan dia sangat gembira dengan keputusan saya lakukan ini.

“Saya suka lihat penampilan kakak saya sejak dia bertudung, dia lebih tenang dan bergaya. Tudung sangat sesuai dengan wajah dia sehingga saya rasa ingi bertudung juga. Dia juga galakkan keputusan saya itu dan bantu saya untuk cari fesyen tudung yang sesuai untuk saya,” katanya kepada m Star Online berhubung dengan penghijrahan beliau sejak Ramadhan lalu.

Bagaimanapun beliau menolak dakwaan dimana imej bertudung itu akan membataskan kerjayanya sebagai penyanyi rock dengan merasakan beliau masih individu yang sama seperti dahulu yang tetap menyanyikan lagu-lagu rock di setiap persembahan. Namun mungkin tidak terlalu lincah seperti dulu dan mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan imej sekarang.

Sementara itu Ella juga berkongsi bahawa sejak tampil dengan imej baru, ramai peminat memuji penampilan terbaru beliau di laman sosial. Pada masa yang sama beliau mengharapkan peminat memberi sokongan terhadap keputusan yang dilakukannya. Walauapapun semoga Ella terus istiqamah dengan setiap apa yang dilakukan dan menjadi yang lebih baik. (rkty/w)