fbpx

Elfira Loy Suka Lelaki Matang, Tidak Kisah Umur

Seringkali diasak dengan soalan mengenai kekasih hati dan juga ciri lelaki pilihan selain Baim Wong, Elfira Loy sendiri mengakui dia memandang tinggi lelaki yang mampu berfikir dengan matang.

BACA: Elfira Loy Nafi Kini Bertudung Kerana Mahu Kahwin

“Saya suka tengok seseorang dari segi dia berfikir. Saya menyukai lelaki yang matang. Sama ada dia berumur 18 tahun, walaupun muda dua tahun daripada saya, ia tetap OK,” kata pelakon ini kepada Malaysiakini.

Tambah Elfira, dia tidak selesa meletakkan syarat khas dalam percintaan selain tidak mahu mendorong lelaki yang bakal mengisi hatinya sekadar mengikut kemahuannya semata-mata.

“Saya tidak boleh letak kriteria itu kerana saya tidak mahu individu berkenaan cuba menjadi apa yang saya mahu. Biarlah saya seorang saja tahu sama ada dia orangnya atau tidak. Tetapi apa yang penting, tentulah kita mahu cari keserasian,” katanya.

“Kalau hati sudah benar-benar suka, saya akan teruskan. Saya sudah lama bekerja untuk keluarga dan tidak menjadi masalah jika saya ingin membina keluarga sendiri. Jodoh akan datang bila kita sudah bersedia,” katanya. (rtky/s)