fbpx

Edry KRU Tidak Ambil Peduli Gurauan Michael Ang

Keputusan setiap kali majlis anugerah mahu pun pertandingan sudah menjadi kebiasaan pasti akan mengundang rasa tidak puas hati dan Akademi Fantasia (AF) turut tidak dapat lari daripada kenyataan tersebut.

BACA: Michael Ang Luahkan Rasa Tidak Puas Hati Keputusan AF 2015

Baru-baru ini, pengarah Michael Ang telah meluahkan pendapatnya di laman sosial mengenai program realiti televisyen AF selain turut menyifatkan program tersebut seperti konsert anak syarikat KRU. Menurut Michael, apa yang disuarakannya itu adalah sekadar gurauan semata-mata.

“Saya tak kenal pun siapa Michael Ang dan dia tidak relevan dalam bidang muzik. Memanglah semua orang termasuk dia ada pendapat, tetapi luahan daripada orang bukan dalam muzik seperti dia tidak penting bagi saya.

“Lainlah jika yang mempertikaikan itu ialah penggiat muzik, itu kita boleh ambil perhatian pendapat mereka,” jawab Edry KRU selaku pengetua AF 2015 selain tidak mahu mengambil peduli tentang perkara tersebut, kepada Harian Metro. (rtky/s)