fbpx

Diyana Halik: Aaron Aziz Masih Hidup, Berada Di Cape Town

Kecoh juga satu Malaysia pagi ini apabila ada laporan mengatakan pelakon terkenal Aaron Aziz telah meninggal dunia akibat kemalangan ketika bermain luncur salji di Switzerland.

Global Associated News melaporkan yang Aaron Aziz telah meninggal dua selepas beliau hilang kawalan ke atas papan luncurnya dan melanggar pokok dengan kelajuan tinggi. Laporan turut menyebut Aaron Aziz ke Switzerland bersama keluarga & rakan rakan untuk bercuti.

Isteri Aaron Aziz, Diyana Halik bercakap kepada Media Hiburan menafikan perkara itu & berkata suaminya itu kini sedang berada di Cape Town, Afrika Selatan atas urusan kerja.

“Untuk pengetahuan semua, suami saya kini berada di Cape Town untuk menjalani rakaman program Fear Factor 2. Saya tidak terkejut kerana ketika berita itu sampai ke pengetahuan saya, saya baru habis bercakap dengannya iaitu pada jam 4.00 waktu tempatan,” jelasnya.

Berita palsu seperti ini kebiasaannya terjadi kepada selebriti Hollywood & puncanya selalu sama, mati kerana kemalangan ketika meluncur salji. Heh.