fbpx

Di Sekitar Majlis Malam Berinai Nad Zainal

Tahniah diucapkan kepada Nad Zainal dan juga pilihan hati yang bakal diijabkabulkan pada 18 Disember ini. Malam semalam telah berlangsung majlis berinai yang turut dihadiri oleh rakan-rakan terdekat pelakon tersebut.

BACA: Azwan Kombos Terima Jemputan Perkahwinan Nad Zainal

Sebelum ini menerusi Berita Harian, Nad menyatakan bahawa dia dan juga Faliq akan mengenakan busana tradisional dan klasik selain turut mengadakan majlis pernikahan dan persandingan pada hari yang sama yang akan dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.

“Majlis kahwin saya ini memang tak ada protokol. Hanya mahu meraikan tetamu yang hadir dan mengharapkan ia akan terpahat sebagai memori indah itu sudah cukup memadai. Tetamu yang datang dijamu makan dan kita sama-sama bergembira menikmati hari bersejarah kami,” jelasnya.

Semoga majlis pernikahan dan persandigan akan berjalan dengan lancar dan kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis berinai yang turut dihadiri oleh Nabila Huda, Marsha Milan Londoh, Sharifah Sakinah dan ramai lagi rakan selebriti. Enjoice!

Gambar Ihsan: Teddyfilm.co / SaifulChin