fbpx

“Di Israel Lebih 20 Peratus Penduduknya Beragama Islam”

Baru-baru ini tindakan Neelofa memuatnaik resit pembelian pelanggannya dari Israel telah menerima reaksi berbaur. Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Neelofa menjelaskan niatnya hanyalah untuk memenuhi kehendak penduduk beragama Islam di sana.

BACA: Peminat Berbalah Neelofa Kirim Barang Ke Israel

“Saya tahu isu ini agak sensitif tapi niat saya hanya mahu memenuhi kehendak penduduk beragama Islam di sana yang ingin membeli tudung kami. Urusan jual beli itu berlaku antara individu berkenaan dengan pihak saya, secara peribadi”

“Penting untuk saya beritahu bahawa urus niaga itu tidak melibatkan kerajaan mereka pun, apatah lagi Naelofar Hijab memang menyediakan penghantaran pengeposan ke seluruh dunia. Seharus­nya orang kita berbangga apabila ada produk tempatan mendapat permintaan sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Selain ada individu yang mahu gambar tersebut dipadam, Neelofa lebih suka dengan pendekatan mendidik dan secara tidak langsung orang ramai dapat belajar mengenai perkara berkenaan, hanya dari sekeping gambar tersebut.

“Barangkali ramai yang tak sedar mengenai hal ini. Individu itu juga bukanlah pelanggan pertama kami, tetapi sudah ramai yang membeli tudung Naelofar Hijab datangnya dari negara berkenaan.

“Sekurang-kurangnya mereka yang salah anggap itu dapat membuang tafsiran negatif dan sama-sama dapat maklumat. Di sana ada lebih daripada 20 peratus penduduk Islam,” jelasnya. (rtky/s)