fbpx

Demi Anak, Lisa Surihani Cuba Hindari Watak Jahat

Pelakon Lisa Surihani yang baru sahaja bergelar ibu, memberitahu bahawa dia kini semakin selektif untuk memilih sesuatu watak dalam filem mahupun drama, lebih-lebih lagi watak yang berunsurkan antagonis (watak jahat).

BACA: Lisa Surihani: Sampai Masa, Saya Dedahkan Wajah Anak

Bagi dirinya dia tidak mahu anaknya apabila dewasa kelak melihatkan aksinya yang kurang baik di layar perak.

“Saya akan lebih memilih beberapa watak yang sesuai selepas ini lebih-lebih lagi watak antagonis. Akan ada batas-batas tertentu. Bukan apa bila anak-anak sudah membesar tidak elok untuk mereka melihatkan apa yang kita lakonkan itu. Tapi itu hanyalah pendapat saya sahaja,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Pratonton filem Sinaran petang kelmarin.

Dalam pada itu, Lisa Surihani sekali lagi menegaskan bahawa belum tiba masanya untuk menunjukkan anaknya kepada umum dan berkata akan memperkenalkan anaknya itu apabila tiba masanya nanti.

“Sekarang belum tiba masanya mungkin apabila sudah besar sikit saya akan dedahkan wajahnya kepada umum,” ujarnya.

Sementara itu, Lisa Surihani Bakal muncul dalam filem muzikal terbaru berjudul ‘Sinaran’ karya pengarah tersohor Osman Ali yang bakal ditayangkan pada 26 November ini. (rtky/h)