fbpx

Dayang Norfaizah: Doakan Saya Segera Bertemu Jodoh

Bijak mengatur langkah dalam industri hiburan daripada diekori kontroversi, peminat Dayang Nurfaizah dalam masa yang sama turut menantikan hari bahagia buat penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini.

BACA: Dayang Nurfaizah Mahukan Lelaki Yang Ikhlas

“Apa yang boleh saya katakan jodoh belum sampai. Saya juga tidak mencari dan percaya suatu hari nanti jodoh itu akan tiba. Sekarang ini saya masih belum bersedia. Sebenarnya saya sendiri tidak begitu terfikir tentang hal ini sehingga apabila orang bertanya barulah sedar usia semakin meningkat”

“Sebagai wanita tidak mungkin saya menolak jodoh. Saya mohon para peminat doakan agar saya segera bertemu jodoh. Kalau ada yang bercakap bukan-bukan mengenai saya lambat kahwin dan mengapa tiada teman lelaki, itu adalah hak mereka”

“Apatah lagi dengan adanya media sosial sekarang ini, mereka bebas untuk bercakap apa sahaja. Saya tidak boleh nak tutup mulut orang dan itu adalah hak mereka. Sebagai penyanyi ini adalah sesuatu yang perlu saya terima,” jelas Dayang kepada portal Mangga Online.