Oleh RotiKaya Staff pada
26 September 2012, 7:09AM

Ini sesuatu yang menarik untuk pasangan ini. Ramai yang kini berharap untuk melihat orang baru dalam hidup mereka dan khabarnya harapan itu bakal terkabul tidak lama lagi.

Harian Metro hari ini melaporkan yang media telah di’jemput ke sebuah majlis santai khas di’kediaman Datuk K & Siti Nurhaliza bertempat di Bukit Antarabangsa, KL.

Jemputan khas sebegini selalunya akan di’iringi dengan satu pengumuman khas dan media mula berspekulasi adakah Dato’ Siti Nurhaliza bakal umumkan yang beliau kini hamil?

Ada kemungkinan tetapi wartawan Harian Metro mempunyai teori yang lebih menarik kami kira — pasangan ini bakal terima menantu pertama pada Disember 2012 nanti.

Sumber terdekat dengan keluarga memberitahu yang Datuk K & Siti Nurhaliza kini sedang rancak membuat persiapan untuk perkahwinan anak sulung Datuk K iaitu Anas Zawawi.

Anas Zawawi di’khabarkan bakal berkahwin dengan anak gadis seorang VVIP pada Disember ini dan mereka berkenalan ketika sama sama menuntut di Australia sebelum ini.

Jika benar seperti yang di’khabarkan, tahniah buat Siti Nurhaliza & Datuk K juga Anas Zawawi dan bakal pasangan. Resepsi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) jangan lupakan kami. Eh.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...