fbpx

Dato’ K: Saya Sayang Siti Sampai Ke Jannah

“Apa sekalipun yang berlaku, saya tetap me­nyayangi Siti sampai ke jannah (syurga), saya cintakan dia sehingga ke hujung nyawa saya,” begitulah luahan hati Dato’ K kepada Siti Nurhaliza berikutan dugaan keguguran yang dialami isterinya itu.

BACA: “Siti Nurhaliza Keguguran Kerana Muzik Itu Haram”

Jelas Dato’ K atau nama sebenarnya Khalid Mohamad Jiwa kepada Utusan Online, mereka redha dengan ujian berkenaan dan turut menyatakan bahawa mereka masih boleh berusaha lagi selain percaya isterinya tabah menghadapi dugaan tersebut.

Menurut portal berita tersebut, Siti Nurhaliza disahkan hamil pada 13 November lalu (ketika itu kandungan sudah memasuki usia bulan kedua) namun pada 26 November lalu, penyanyi berkenaan telah disahkan keguguran setelah membuat pemeriksaan di sebuah pusat rawatan swasta di ibu kota.

Selain itu, Utusan Online juga difahamkan (daripada sumber terdekat) bahawa kehamilan Siti kali ini ‘menjadi’ atas faktor semula jadi, bukan berda­sarkan teknologi perubatan sebagaimana yang disangkakan oleh sesetengah pihak luar.

Kini, Siti sedang menjalani rawatan berpantang di rumah dan akan menjalani kegiatan seni seperti biasa selepas habis pantang. Apa-apa pun, semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan buat penyanyi kesayangan ramai ini. (rtky/s)