fbpx

Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta

Sebelum ini pelakon berdarah campuran, Cristina Suzanne pernah dilanda kontroversi apabila hajatnya untuk berkahwin tidak kesampaian apabila retak di pertengahan jalan.

Membawakan watak sebagai setiausaha dalam filem terbaru CEO nyata tidak mengecewakan. Menceritakan soal hati, dengan jawapan yang bersahaja dia ingin meneruskan kehidupannya kini dan menganggap pengalaman lepas sebagai satu diari kehidupannya.

“Sekarang ini saya banyak membuat kerja sendiri dan tidak lagi bergantung kepada sesiapa dan saya rasakan ini adalah yang terbaik kerana saya lebih berdikari dan sangat suka dengan apa yang saya lalui sekarang ini. Saya ambil semuanya sebagai jalan yang positif untuk meneruskan hidup”

Dia juga menjelaskan bahawa hubungannya dan bekas tunangannya tiada masalah dan mereka kini sebagai kawan biasa dan keluarganya memahami dengan apa yang telah berlaku sebelum ini.

“Saya dan dia sebagai kawan biasa. Kami tidak mempunyai masalah cuma kalau nak rapat seperti dahulu tidak mungkin. Kalau saya balik ke kampung pun tidak ada masalah keluarga memahami lebih-lebih lagi ibu saya. Saya tak nafikan umur saya sudah 29 tahun dan sepatutnya sudah layak untuk berkahwin tetapi perlu lebih berhati-hati. Selepas ini saya lebih bebas untuk memilih selepas apa yang telah berlaku,” katanya sambil tersenyum.

Cristina Suzanne bersama-sama Remy Ishak dan Beto Kushairy akan menjadi teraju utama dalam filem terbaru mereka berjudul CEO yang akan menemui peminat pada 12 Jun ini. (rtky/hfz)