fbpx

Cristina Suzanne Akui Tidak Tahu Bercinta

Mengakui sifatnya yang pemalu dan juga kasar, Cristina Suzanne menjelaskan ketika ini tidak mempunyai kekasih malah menurut pelakon yang semakin popular melalui drama Puteri Bukan Nama Sebenar ini juga tidak tahu untuk keluar temu janji.

BACA: Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta

“Saya tak tahu dating. Sebab itu saya tiada kekasih. Lagipun, siapalah nak saya yang yang kasar ini,” kata Cristina dipetik daripada portal Mangga Online.

Cristina juga mengakui bahawa dia sebenarnya seorang pemalu apabila berhadapan dengan lelaki selain mengehadkan pergaulannya bersama lelaki untuk mengelak daripada digosipkan dengan lelaki yang sudah berpunya.

“Saya tiada masalah untuk menegur orang. Tetapi kalau dengan lelaki, saya malu dan segan. Saya takut kalau-kalau seseorang itu sudah berkahwin, tunangan orang ataupun sudah berpunya. Saya tak nak orang mengata,” ujarnya.

Sebelum ini Cristina pernah bertunang namun tidak kesampaian. Malah pelakon yang sudah mencapai umur 30 tahun ini juga percaya bahawa jodoh tidak perlu dicari dan akan datang sendiri selain tidak terlalu terburu-buru mengenai kehidupan berumahtangga. (rtky/s)