fbpx

Chef Riz & Shikin Maembong Sah Bercerai

Selepas memuat naik beberapa gambar yang menunjukan status sebenar beliau yang telah solo, Shikin Maembong akhirnya tampil menjawab segala persoalan orang ramai mengenai perkahwinannya. Kakak kepada Emma Maembong ini telah mengesahkan bahawa beliau dan suami, Chef Riz telah berpisah sejak Jun lalu, dan menganggap tiada jodoh diantara mereka.

BACA: Chef Riz & Shikin Maembong Sudah Bercerai?

“Saya tahu, ia sudah lama menjadi persoalan ramai. Jadi saya mahu mengesahkan bahawa kami bukan lagi pasangan suami-isteri. Sebab apa bercerai, biarlah hanya kami dan keluarga yang tahu. Mungkin saya dan Riz tiada jodoh. Alhamdulillah, saya dan Riz masih lagi berbaik. Lagipun, Arianna masih memerlukan ibu dan bapanya didalam hidupnya”

“Kami tetap menjaga Arianna sebaik mungkin walaupun sudah berpisah. Selain itu, saya turut bersyukur kerana memiliki keluarga yang sentiasa memberi sokongan moral. Saya juga masih mempunyai hubungan baik dengan keluarga mentua,” katanya kepada Berita Harian Online menjawab desas-desus serta status sebenar perkahwinan beliau dan suami.

Pergolakan rumah tangga mereka memang diakui oleh Chef Riz yang pernah memaklumkan bahawa perkahwinannya dilanda konflik berikutan dirinya yang terlalu sibuk, namun menafikan dakwaan mereka berpisah. Sebaliknya jika dilihat akaun instagram Shikin, beliau tidak lagi memuat naik gambar mereka sekeluarga sehingga menimbulkan tanda tanya.

Terdahulu, Shikin dan Chef Riz telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 lalu. Hasil perkahwinan yang dibina selama dua tahun itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya, yang kini berusia setahun. Penceraian ini adalah yang kedua buat Che Riz selepas perpisahan pertama manakala yang pertama bagi Shikin. (rkty/w)