fbpx

Che Ta Miliki Lebih 10 Koleksi Kereta Sorong Bayi

Hasil dari pemberian peniaga untuk kegunaan anaknya, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia setahun, Che Ta menjelaskan bahawa dia kini mempunyai lebih 10 koleksi kereta sorong bayi. Oleh sebab itu, Che Ta perlu kereta sorong bayi berkenaan digunakan secara bergilir-gilir bagi memastikan semuanya dipakai.

BACA: Anak Che Ta Dibayar Belasan Ribu Ringgit Untuk Drama

“Alhamdulillah, rezeki Aaisyah, dapat merasa pelbagai jenis stroller (kereta sorong bayi). Malah saya juga kini menjadi duta kepada jenama Koopers dan daripada pihak mereka sahaja, saya mempunyai lebih lima stroller jenis Easywalker MINI Buggy, yang warnanya berlainan”

“Malah saya akan diberi rekaan paling baharu, di mana orang lain belum pakai lagi,” jelasnya kepada mStar Online. Selain itu, pada tahun depan, Aaisyah pula akan menggantikan tempatnya menjadi duta kepada produk Koopers.

Murah betul rezeki Che Ta dan keluarga. Bila difikrkan, dengan rezeki yang melimpah ruah, pastinya pelakon ini juga telah memberi kembali kepada masyarakat atau mereka yang memerlukan, tapi tidaklah mahu dihebahkan, mungkin. Buat baik dibalas baik, bukan? (rtky/s)