fbpx

Lama rasanya kita semua tidak mendengar cerita tentang Sarimah Ibrahim yang kini aktif bertugas di stesen radio Mix FM dan pagi ini, beliau menerima perhatian ramai gara gara kehadiran teman lelakinya ke konti radio. Apa cerita?

Sejak beberapa minggu yang lalu, Mix FM telah melancarkan program pagi berjudul Desperately Seeking Sarimah yang menampilkan Sarimah Ibrahim menemubual beberapa orang lelaki yang merupakan calon untuk keluar bertemu janji (date) dengannya.

Namun pagi tadi, Sarimah Ibrahim khabarnya telah membawa seorang lelaki bernama Jamie yang didakwa merupakan teman lelaki barunya dan ini menimbulkan persoalan sama ada jejaka itu benar benar kekasihnya atau sekadar gimik radio?

Jejaka yang tampil bersama Sarimah Ibrahim pagi tadi (gambar) telah dikenalpasti sebagai Tunku Nadzimuddin yang merupakan salah seorang kerabat Negeri Sembilan & pernah menjadi perhatian media sekitar tahun 2009 kerana perbalahan dengan seorang kerabat negeri lain.

Melalui satu komen yang ditinggalkan pendengar di Facebook Mix FM, sebuah video yang menunjukkan pasangan ini menyambut ulangtahun kelahiran Sarimah Ibrahim baru baru ini di Zeta Bar, Kuala Lumpur seakan mengesahkan yang mereka sudah lama bercinta. Hmm.