fbpx

Bekas Suami Abby Abadi Rasa Sedih Dituduh Mata Duitan

Bekas suami kepada pelakon Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar mengakui terkilan berikutan tuduhan yang mengatakan dia seorang mata duitan kerana menikahi seorang seorang ibu tunggal beranak dua pada 15 Mei lalu.

“Saya tidak tahu kenapa ada orang cakap begitu dan terkilan juga apabila mendengarnya kerana saya bukan seorang kaki kikis dan mata duitan seperti diperkatakan”

“Jika benar saya seorang mata duitan buat apa saya berkahwin dengan Noriah dan lebih baik saya cari wanita kaya untuk dijadikan isteri,” katanya kepada mStar Online sambil menjelaskan bahawa isterinya bukan berasal daripada golongan berada.

Menurut Farhan, dia dan isterinya berkahwin adalah di atas dasar cinta dan bukannya untuk mengikis wang isterinya itu malah turut menyatakan bahawa apa yang terjadi sudah tertulis dan ditentukan oleh Tuhan.

Terdahulu, Farhan berkahwin dengan Abby di Selatan Thailand pada 9 Julai 2013 sebelum bercerai pada 9 Mei 2014 dengan talak satu hanya selepas 11 bulan bersama. Kini Farhan mempunyai perniagaan sendiri selain terlibat menjadi model dan sedang cuba menceburi bidang lakonan. (rtky/s)