fbpx

Bapa Zahirah Tidak Mahu Zul Ariffin Permainkan Hati Anaknya

Sejak akhir akhir ini, kisah hubungan antara Zul Ariffin dan pelakon baru Zahirah MacWilson menjadi perhatian ramai lebih lebih lagi apabila kedua dua mereka mengakui kini sedang bercinta dan dalam fasa awal mengenali hati budi masing masing.

Zul Ariffin juga sudah mengeluarkan kenyataan yang beliau sudah lama putus cinta dengan Gayatri Su-Lin Pillai dan membuat haluan masing masing sekali gus membuka peluang untuk mereka mencari teman hidup baru.

BACA: Gayatri Tegaskan Tidak Perlu Jaja Kisah Cinta Untuk Raih Simpati

Dalam kenyataan kepada mStar Online, bapa kepada Zahirah MacWilson iaitu Zainol MacWilson berasa ragu terhadap keikhlasan Zul Ariffin untuk berkawan rapat dengan anaknya selain kini memantau perkembangan hubungan mereka dengan meletakkan beberapa syarat.

“Saya tidak halang dan tidak juga galakkan mereka bercinta kerana Zahirah masih muda dan baru dalam industri. Manakala Zul pula saya banyak dengar cerita negatif tentang dia. Setakat ini saya tengok sahaja sejauh mana hubungan mereka, kalau boleh saya tidak mahu Zahirah jadi mangsa dan dipermainkan oleh lelaki,” ujarnya kepada media.

Zainol MacWilson yang sudah menetap di Perth, Australia selama lapan tahun mengakui terpaksa pulang ke Malaysia untuk menguruskan kerjaya anaknya itu sebagai pelakon lebih lebih lagi apabila kontroversi sebegini timbul.

Zul Ariffin juga telah bertemu dengan bapa Zahirah MacWilson sebanyak dua kali untuk menjelaskan kisah negatif yang sering kedengaran termasuklah hubungan dengan Ayda Jebat dan kekasihnya sebelum ini, Gayatri Su-Lin Pillai. (rtky/m)