Oleh RotiKaya Staff pada
26 November 2012, 1:11PM

Aziz Sattar Mengakui Kini Sudah 9 Bulan Bercerai, Bakal Rujuk SemulaSeingat kami, sekitar Jun 2012 yang lalu Aziz Sattar tampil di media memberi penjelasan yang rumahtangga beliau tiada masalah & bahagia — semuanya sekadar gossip.

Hari ini melalui laporan Kosmo!, Aziz Sattar mengaku yang beliau & isteri, Hashimah Delan sudah sembilan bulan bercerai & bermakna ia’nya berlaku sekitar Februari 2012.

Namun, menurut pelakon veteran ini beliau dan isteri telah pun bersetuju untuk kembali bersama selepas mereka berdua berjaya mencapai persefahaman yang sebelum ini hilang.

“Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya”

“Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi,” tambah Aziz Sattar lagi.

Related
Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...