fbpx

Ayda Jebat Nafi Bolot Trofi Kerana Jadi Duta Penaja

Ayda Jebat menjelaskan bahawa dia mengakui terkilan di atas tuduhan segelintir pihak mempertikaikan kemenangannya di Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) yang berlangsung baru-baru ini adalah kerana statusnya sebagai duta Aura White yang juga penaja program berkenaan.

BACA: Ayda Jebat, Johan Bolot Anugerah MeleTOP ERA 2016

“Pada saya soalan tentang pertikaian saya adalah duta produk yang menaja majlis ini adalah sangat tidak relevan. Kemenangan hari ini adalah atas tangan peminat saya dan tuduhan ia disebabkan saya duta kepada Aura White adalah tidak adil bagi peminat-peminat saya yang bekerja keras mengundi saya”

“Saya tahu ramai yang komen negatif di laman sosial yang menganggap saya tidak patut menang, saya juga tidak ada kuasa untuk mengatakan ia bukan hak saya atau orang lain. Saya ambil komen mereka daripada sudut positif dan buktikan lagi kemampuan saya untuk menyangkal tuduhan negatif itu” ujarnya.

Tambah Ayda, kemenangannya kali ini membuatkan dia mahu terus menghasilkan karya yang terbaik dan digemari masyarakat selain menyatakan buat ketika ini dia belum bersedia untuk membawakan lagu-lagu berat. (rtky/s)