fbpx

Ayah Irma Hasmie Meninggal Dunia Akibat Kanser Kelenjar

Takziah diucapkan kepada Irma Hasmie diatas pemergian bapa beliau, Ibrahim Othman yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun akibat penyakit kanser limfoma atau kelenjar pada jam 5.23 pagi tadi. Menurut Irma, penyakit tersebut dikesan sejak Januari lalu dan merebak dengan pantas sehingga beliau terpaksa melakukan sesi kemoterapi.

BACA: Irma Hasmie: Artis Yang Baru Berhijab Jangan Menyesal Berhijrah

“Ayah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pagi tadi kerana kesihatannya merosot selepas Aidilfitri. Pada mulanya ayah dirawat di Hospital Ampang dan kemudian dipindahkan ke HKL kerana tahap kesihatan semakin merosot. Kami sekeluarga sudah reda kerana dia sakit sejak Januari lalu dan kami sudah bersedia untuk menerima segalanya”

“Penyakitnya menjadi lebih teruk dan merebak dengan pantas sehingga memberi kesan kepada anggota badan lain. Alhamdulillah dia pergi pada hari Jumaat yang barakah. Kami sekeluarga sentiasa ada perjumpaan sekali seminggu dan sejak akhir-akhir ini memang dia banyak memberi nasihat kepada kami adik beradik,” katanya kepada m Star Online.

Dalam masa yang sama, Irma turut memaklumkan bahawa jenazah bapanya telah dikebumikan selepas solat Jumaat tengahari tadi di Tanah Perkuburan Bukit Cerakah, Shah Alam. Walaupun sedih dengan pemergian bapanya, namun Irma redha dan sudah bersedia dengan pemergian tersebut selepas melihat penderitaan bapanya yang sakit sejak Januari lalu. (rkty/w)