fbpx

Awal Ashaari Sahkan Diri Selamat & Tiada Kecederaan Yang Serius

Peminat dunia hiburan awal hari ini dikejutkan dengan berita kemalangan yang melibatkan pengacara popular, Awal Ashaari yang ketika kejadian berlaku sedang dalam perjalanan untuk mengacarakan program Melodi secara langsung dari Stadium Ayer Keroh, Melaka.

Gambar kereta BMW 6 Series milik Awal Ashaari yang rosak teruk akibat kemalangan itu menjadi perhatian ramai yang risaukan keadaan pengacara tersebut walaupun berita awal mengatakan beliau hanya mengalami cedera ringan.

BACA: Tidak Muncul Di Melodi, Awal Ashaari Terlibat Kemalangan Di Lebuhraya

Menerusi akaun Instagram beliau, Awal Ashaari mengambil kesempatan untuk menyampaikan sendiri berita menyenangkan hati semua pihak di mana beliau tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan bakal dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur malam ini juga.

“Alhamdulillah, tiada kecederaan serius, terima kasih diatas pertolongan semua pihak yang telah mengeluarkan saya dari kenderaan, bawa ke hospital dan rawatan yg diberikan oleh Hospital Melaka. InshaAllah saya akan ditukarkan ke Kuala Lumpur malam nanti”

“Doakan kesihatan saya dan rakan Izuan Mokhtar yang turut sama mengalami kecelakaan ini,” tulis Awal Ashaari mengiringi gambar dirinya di katil hospital. Sama sama kita doakan. (rtky/m)