fbpx

Atikah Suhaime Serius Mahu Ceburi Bidang Nyanyian

Pelakon meningkat naik, Atikah Suhaime tekad ingin menumpukan perhatian yang serius didalam bidang nyanyian apabila muncul dengan lagu pertamnya Jatuh Dari Langit pada tahun lalu. Beliau pada masa yang sama turut memaklumkan bahawa runut bunyi lagu itu asalnya adalah untuk filem Suamiku Jatuh Dari Langit sebagai percubaan pertama beliau.

BACA: Atikah Suhaime Belum Sedia Kahwin Walau Ada Kekasih

“Sebenarnya lagu ciptaan Awi Rafael itu dirakamkan untuk filem, tapi memang ada cadangan mengedarkannya juga sebagai single. Ia masih dalam perbincangan dengan penerbit. Ikutkan, harapan saya lagu itu dapat berkumandang di semua stesen radio kerana saya serius dalam bidang ini, selain ingin mendapatkan khidmat guru vokal”

“Bersama Awi pun kami mempunyai perancangan untuk menghasilkan single kedua, namun ia mungkin dapat direalisasikan beberapa bulan lagi kerana saya terikat dengan komitmen lakonan,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai kemunculan lagunya yang terbaru sebagai percubaan pertama beliau didalam bidang nyanyian.

Pelakon yang berasal dari Singapura itu turut mendapat bimbingan dari teman baiknya, Awi Rafael yang diketahui ramai mempunyai pengalaman banyak didalam bidang muzik. Bukan itu sahaja, Awi turut memberi peluang kepada Atikah mengadakan persembahan di restoran miliknya bagi memantapkan lagi vokal selain menambah keyakinan. (rkty/w)