fbpx

Amyra Rosli Nafi Bercinta Dengan Anak Kerabat Diraja

Pelakon jelita Amyra Rosli yang sebelum ini pernah dikatakan bercinta dengan Amar Baharin menjelaska khabar angin yang mengatakan bahawa dia kini sedang menjalin cinta adalah tidak benar.

BACA: Amyra Rosli: Bila Dah Jumpa Lelaki Pilihan, Terus Kahwin

“Cakap saja dengan siapa? Seab saya tidak dapat nak berikan penjelasan kerana tidak dapat bayangan lelaki itu. Macam mana saya nak jawab sedangkan saya bekerja tak berhenti. Jadi mana ada masa untuk bercinta”

“Macam mana cerita ini boleh timbul keluar? Tidak ada langsung berkawan dengan mana-mana kerabat mahupun anak kerabat diraja. Saya tidak pernah berkawan, apatah lagi bercinta dengan mana-mana kerabat,” jelasnya kepada BH Online.

Selain itu, sebelum ini Amyra pernah memberikan kenyataan bahawa dia akan terus berkahwin dengan lelaki pilihan – itu pun jika sudah berjumpa yang berkenan di hati. Bagi yang ingin cuba memenangi hati Amyra, kini peluang anda masih terbuka. (rtky/s)