fbpx

Amar Baharin Tidak Jemu Dengan Amyra Rosli

Seringkali melihat wajah pasangan ini, memang tidak dinafikan ramai di antara peminat mereka mengharapkan agar Amar Baharin dan juga Amyra Rosli bakal menjadi pasangan yang sah satu hari nanti. Namun ada juga yang muak apabila mereka kerap digandingkan bersama di dalam drama.

BACA: Amyra Rosli Kini Jauhkan Diri Daripada Amar Baharin?

“Bagi saya semua orang ada pandangan masing-masing. Ada orang suka, ada orang tak suka dengan gandingan yang mereka tonton di TV. Kita tak boleh buat semua orang suka dengan kita. Itu hakikat yang perlu kita semua terima”

“Sebenarnya ramai yang suka dengan kami. Kami ambil perkara positif berkenaan sebagai pegangan dalam lakonan. Permintaan dari stesen TV bukanlah semudah yang disangka. Faktor rating perlu dititik beratkan kerana semuanya berbalik kepada aspek perniagaan”

“Bila ada rating yang baik, dapat sambutan yang hebat dari penonton, barulah sesuatu drama dianggap berjaya. Kami melakukan semuanya untuk peminat. Selagi gandingan saya mendapat sambutan, saya tidak ada masalah untuk berpasangan dengan Amyra walaupun untuk lagi 10 drama,” jelasnya kepada portal Tonton Extra.