fbpx

Almy Nadia Kini Sudah Hamil?

Lagi berita selebriti yang diketahui buat pertama kali melalui Instagram pihak ketiga, Almy Nadia yang kini sedang bahagia menjalani kehidupan berumahtangga dengan suaminya Fizz Fairuz dikhabarkan sudah sah hamil.

UPDATE-1: Almy Nadia mengesahkan beliau kini sedang hamil empat minggu iaitu anak pertamanya bersama aktor Fizz Fairuz

Bekas juara rancangan Gadis Melayu, Aida menerusi akaun Instagram beliau memuat naik satu status mengucapkan tahniah buat pasangan Almy Nadia & Fizz Fairuz atas berita kehamilan si isteri yang juga merupakan kawan kepada pengacara sambilan ini.

GALERI: Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pahang

“Congratulations on your pregnancy. Semoga dipelihara kesihatan dan dipermudahkan segala urusaa, amin. Abang Fizz Fairuz, sila jaga kawan saya ni like a princess okay?” memetik sebahagian tulisan Aida Gadis Melayu di Instagram.

Aida Gadis Melayu Kata Almy Nadia Sudah Hamil - ROTIKAYA

Tahniah buat keluarga kedua dua pasangan Almy Nadia & Fizz Fairuz jika benar seperti apa yang disampaikan. Mesti anak sulung mereka bakal menjadi perhatian ramai peminat yang memang sentiasa mendoakan kebahagian mereka. (rtky/m)