fbpx

Aiman Hakim Rancang Nikahi Nur Fathia Dalam Masa Terdekat

Sememangnya serius menjalin kasih, Aiman Hakim mengakui bahawa dia sememangnya merancang untuk menikahi Nur Fathia di samping berharap agar dapat melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat.

BACA: Fathia Latiff Akui Sikap Cepat Merajuk Punca Putus Cinta

“Insya-Allah, kami merancang untuk memulakan dengan majlis pertunangan terlebih dulu sebelum sah bergelar suami isteri. Bagaimanapun, saya belum menetapkan tarikh pernikahan kerana bimbang ia tidak menjadi. Maka, saya serahkan kepada Allah SWT”

“Sudah dua tahun kami bercinta, jadi sudah tiba waktunya kami memikirkan tentang hala tuju yang lebih serius dalam perhubungan,” katanya kepada Utusan Online.

Semoga apa yang dihajatkan oleh Aiman dan juga Fathia ini bakal menjadi realiti. Pasti ramai peminat pasangan ini juga tidak sabar melihat idola mereka menjalin ikatan sah seterusnya membina sebuah keluarga yang bahagia. (rtky/s)