Oleh RotiKaya Staff pada
28 October 2011, 3:10AM

Untuk anda yang tidak mempunyai apa apa perancangan untuk ke’mana mana malam ini, pastikan anda berada di’hadapan televisyen. Kerana apa anda tanya?

Penyanyi rock lagenda Malaysia, Amy Search bakal muncul di program Bukan Empat Mata di saluran Bintang 141 Astro jam 9 malam ini.

Kepada yang kurang tahu, Bukan Empat Mata merupakan sebuah rancangan bual bicara kelolaan Tukul Arwana yang begitu sinonim dengan peminat hiburan Indonesia.

Untuk episod kemunculan bersama Amy Search kali ini, Bukan Empat Mata membawa tema c’mon let’s rock and roll yang sinonim dengan gaya muzik Amy Search dan tetamu jemputan lain — The Cash, Mala & Tya Ariesta.

Tidak hanya hadir sebagai tetamu jemputan yang petah menjawab setiap usikan Tukul Arwana, Amy Search juga sempat mendendangkan dua buah lagu berhantu beliau — Isabella & Fantasia Bulan Madu.

Takut terlepas siaran pertama malam ini, tidak mengapa kerana episod ini akan di’ulang siar pada saluran yang sama Sabtu ini jam 1 pagi.

Pastikan anda mula melanggan pakej Indopek Astro yang menawarkan dua saluran sensasi hiburan Indonesia sepanjang hari — Bintang 141 & Pelangi 142. Hanya untuk RM12 sebulan.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...