fbpx

Achey Bocey Perjelas Perkara Sebenar, Elak Salah Faham

Tidak mahu memanjangkan perkara yang kini hangat diperkatakan, pelakon dan juga pelawak Achey menjelaskan bahawa terdapat salah faham terhadap perkara yang tersebar di sosial media baru-baru ini.

BACA: Achey Bocey Belum Ada Rezeki Timang Anak

Menurut Achey pertanyaan khabar itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya melalui Surianti.

“Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah. Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga”

“Itu sahaja. Macam ini lah, apa yang saya boleh jelaskan, saya dan Surianti tidak ada apa-apa jalinan perniagaan pun. Kalau boleh saya tak mahu ulas lebih lanjut, takut isu lain pula yang timbul dan menjadi punca salah faham berlaku”

“Saya menjalankan bisnes pun dengan anak kepada isteri pertama arwah, bukan dengan Surianti,” jelas Achey kepada mStar Online.

Maka, terjawablah sudah pertikaian dan juga salah faham di antara dua belah pihak ini yang tercetus di laman sosial media. Rupa-rupanya Achey berhubung dengan isteri pertama arwah Harun dan bukannya Surianti.

Surianti berkahwin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea, 12, Hakeem Sufy Al-Rashid, 14. Sementara itu, menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memiliki empat orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama. (rtky/s)