fbpx

Foto Mohd Redzuan Samsuddin

Sebenarnya lebih kepada kontrak berbentuk 2+1 yang mana kalau mengikut track record Astro, tiga tahun itu amat’lah pasti.

Sebentar tadi, berlangsung’nya satu majlis sidang media sebagai mengumumkan secara rasmi yang tiga nama besar dalam industri hiburan menyertai keluarga Astro secara rasmi.

Perjalanan karier untuk Aaron Aziz, Zizan dan Johan Raja Lawak bakal menjadi tanggungjawab pihak Astro selepas ini namun mereka masih bebas untuk keluar di stesen televisyen pesaing.

Aaron Aziz, Johan & Zizan masing masing meluahkan rasa bersyukur dengan kerjasama ini kerana mereka sedar yang Astro merupakan satu platform yang baik untuk perkembangan karier mereka untuk tahun tahun mendatang. 

Aaron Aziz misalnya kini sedang menjalani pengambaran untuk sebuah drama dengan 80 episod yang bakal ke’udara di Astro selain kemunculan di filem filem tempatan yang masih dalam perbincangan.

Zizan & Johan Raja Lawak yang sememangnya sinonim dengan Astro Warna bakal di’berikan peluang untuk memiliki program kendalian sendiri di’bawah pengurusan Astro ini selain program sedia ada.