fbpx

5 Fakta Misteri Sebalik Papan Berhantu Ouija

Kami pasti, ada di antara anda yang tengah baca artikel ini mesti pernah dengar cerita tentang permainan seru semangat atau pun roh orang yang mati. Kalau bukan anda yang main pun, mesti pernah dengar cerita bukan?

Hari ini kami nak kongsi ringkas saja tentang permainan sedemikian rupa yang diberi nama Ouija. Sebut saja Ouija, ramai yang tak tahu sebenarnya nama Ouija pun datangnya dari jawapan papan itu sendiri.

Asal Usul Nama Ouija

2-fakta-misteri-di-sebalik-papan-berhantu-ouija-rotikaya

Pada mulanya, individu yang bertanggungjawab membawa papan berhantu ini ke pasaran telah bertanyakan nama yang sesuai dengan memainkan sendiri papan ini dan apabila ditanya apakah maksud Ouija, papan penunjuk menghimpunkan ayat membentuk ejaan – good luck.

2. Jadi Bahan Rujukan Juri Di Mahkamah

1-fakta-misteri-di-sebalik-papan-berhantu-ouija-rotikaya

Pada tahun 1994, empat orang juri di London telah menyerahkan keputusan seorang pembunuh dengan bertanyakan kepada Ouija Board. Ouija menyatakan lelaki berkenaan salah bagaimanapun lelaki berkenaan masih dapat membuat rayuan. Namun, keputusan rayuan tetap menyatakan bahawa lelaki berkenaan bersalah atas tuduhan membunuh.

3. Papan Ouija Membantu Dalam Pembunuhan

3-fakta-misteri-di-sebalik-papan-berhantu-ouija-rotikaya

Pada tahun 2001, bekas datuk bandar Minco, Oklahoma iaitu Brian Roach telah dibunuh oleh ibu mertuanya sendiri. Dia telah ditikam ketika tidur dan menurut wanita berkenaan, papan Ouija menyatakan bahawa Brian adalah seorang yang jahat dan mesti dibunuh.

Manakala pada tahun 2014, seorang lelaki membunuh seekor anjing kerana dipercayai menjadi perumah buat syaitan. Malah keluarganya juga membakar rumah merkea sendiri setelah Ouija memberitahu bahawa mereka semua akan mati. Pelik bukan sehingga manusia percaya benda sebegini.

4. Beri Inspirasi Elak Ketagihan Alkohol

4-fakta-misteri-di-sebalik-papan-berhantu-ouija-rotikaya

Pengasas Alcoholics Anonymous, Bill Wilson mempunyai bilik khas yang digunakan oleh dirinya untuk berinteraksi bersama roh menggunakan papan Ouija. Menurut Bill lagi, dia berkomunikasi dengan sami abad ke 15 yang bernama Boniface dan melalui perkongsian dengan roh sami berkenaan, Bill terinspirasi mewujudkan program yang dipanggil – The 12 Steps to Recovery (12 Langkah Untuk Kembali Pulih).

5. Bantu Hasilkan Album Rock

5-fakta-misteri-di-sebalik-papan-berhantu-ouija-rotikaya

Percaya atau tidak, kumpulan rock The Mars Volta pernah menggunakan khidmat papan Ouija dalam menghasilkan album The Bedlam in Goliath. Bagaimanapun, kumpulan mereka terpaksa menempuhi pelbagai perkara misteri sepanjang proses mengeluarkan album tersebut.

Menurut vokalisnya, Cedric Bixler-Zavala, roh yang menolong mereka dalam menghasilkan album tersebut adalah Goliath, yang mempunyai 3 karakter berbeza – seorang lelaki, seorang wanita da juga ibu mereka dan ia juga melibatkan pembunuhan.

Anda percaya semua kisah benar yang terjadi ini? Menurut smithsonianmag, apa yang anda baru baca ini adalah benar benar terjadi. Namun bagi anda yang ingin menyaksikan sendiri bagaimana permainan papan berhantu ini mampu memusnahkan hidup berkeluarga, jom tonton trailer filem Ouija: Origin of Evil yang akan ditayangkan pada 3 November ini.

*Gunakan headphone untuk pengalaman bunyi yang memuaskan.