fbpx

5 Cara Bajet Untuk Hiburkan Diri Dalam Ekonomi Sekarang

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, pastinya mengeluarkan sumber kewangan yang besar untuk menghiburkan diri bukan satu keputusan yang baik. Namun, kami ada beberapa cadangan alternatif untuk anda!

1. Main Permainan Nostalgia

3 - 5 Cara Bajet Untuk Hiburkan Diri Dalam Ekonomi Sekarang - ROTIKAYA

Permainan nostalgia ketika kita masih kecil sungguh menghiburkan, contohnya main penutup ceper atau batu seremban. Kadang kala perkara kecil sebegini mampu membuatkan kita cukup gembira menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu. Tidak percaya? Cuba anda bawak ceper ke pejabat dan ajak rakan-rakan main.

2. Karaoke Bersama Rakan Di Dalam Kereta

2 - 5 Cara Bajet Untuk Hiburkan Diri Dalam Ekonomi Sekarang - ROTIKAYA

Menyanyi di dalam kereta kami rasa semua orang pun pernah buat. Tidak kisahlah bersama keluarga mahu pun rakan-rakan. Ajak rakan anda tumpang sekali naik kereta menuju ke tempat kerja dan pasanglah lagu-lagu yang dapat dinyanyikan bersama. Sedar-sedar saja sudah sampai di pejabat.

3. Berpiknik Bersama Keluarga, Masak Sendiri Pagi Pagi

4 - 5 Cara Bajet Untuk Hiburkan Diri Dalam Ekonomi Sekarang - ROTIKAYA

Bila memasak sendiri, kita dapat berjimat banyak manakala tempat untuk berpiknik tidak perlu jauh-jauh. Cuba beritahu kami, siapa tidak suka luangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan di tepi sungai, ditambah pula ada bekal bihun dengan telur dadar potong halus-halus dan jangan lupa keropok ikan.

4. Layan Beribu-ribu Rancangan TV Dan Juga Filem Sampai Lebam di iflix!

iflix-main

Dengan iflix, anda boleh layan komedi, drama, K-Drama, kartun ditambah lagi dengan filem-filem Hollywood, UK, Asian dan banyak lagi! Ini memang kira jimat habis. Sudahlah jimat, berbaloi-baloi pula. Masih ingat lagi anda begitu feeling layan drama bersiri Cinta Jangan Pergi atau filem Sembilu ? Kini anda boleh rasai kembali perasaan tersebut dengan melanggan iflix selama 30 hari PERCUMA! Akses penuh tanpa had tau!

Ingat lagi fesyen rambut anda belah tengah ketika zaman Sembilu?

5. Anjurkan Majlis Potluck Di Rumah Anda

1 - 5 Cara Bajet Untuk Hiburkan Diri Dalam Ekonomi Sekarang - ROTIKAYA

Cara untuk kita berjimat tanpa keluar sebarang wang adalah dengan mengajak orang datang ke rumah kita sambil bawa makanan masing-masing. Eh, tidak lengkaplah kalau masing-masing sudah kenyang tapi tidak layan filem atau drama yang ada di iflix.

Okay, sekarang beritahu kami, siapa kata tidak boleh berjimat dalam keadaan ekonomi sekarang ini?