fbpx

Zulin Aziz Tak Melatah Dikritik Tudung Makin Singkat Sejak Kurus

Tampil langsing dan berat badan menyusut sejak tahun lalu, ramai yang mengagumi kejayaan pelakon Zulin Aziz. Namun, Zulin sering ditegur netizen tudungnya semakin singkat sejak kurus.

Tidak mudah melatah dengan kritikan tersebut, Zulin memberikan respon yang baik. Menurut Zulin, meskipun dia berjaya mengurangkan berat badan namun dia masih lagi orang yang sama.

BACA: Muat Naik Foto Romantik, Zulin Aziz Trauma Kongsi Kisah Cinta

“Orangnya masih sama. Saya gemuk ke kurus ke, saya pakai tudung semua jenis. Labuh ada, pendek ada. Saya ni memang begini tapi tak semestinya terus begini,” katanya.

Dalam pada itu, Zulin mengucapkan terima kasih di atas teguran diberikan dan akan cuba memperbaiki penampilannya dari masa ke semasa.

Terdahulu, Zulin mengakui ada netizen menyindirnya dengan menyuruh menanggalkan tudung kerana sudah mula berpakaian ketat sejak berbadan langsing. Zulin mengakui adakalanya dia terleka dan teguran netizen membuatkan dia cepat sedar.