fbpx

Muat Naik Foto Romantik, Zulin Aziz Trauma Kongsi Kisah Cinta

Rancangan perkahwinan sebelum ini pernah musnah, pelakon Zulin Aziz trauma untuk berkongsikan kisah cinta dan memilih untuk lebih privasi mengenai kehidupan peribadinya.

Baru-baru ini ada memuat naik foto romantik yang hanya menampakkan bahagian tangan seorang lelaki, Zulin memilih untuk merahsiakan identiti jejaka itu selepas mendapatkan nasihat keluarganya.

BACA: Mula Berpakaian Ketat, Zulin Aziz Disindir Suruh Tanggal Tudung

“Apa yang jadi sebelum ini merupakan satu pengajaran buat saya. Jadi saya taknak komen mengenai foto terrsebut dan saya juga mahukan privasi.

“Lagipun atas nasihat keluar supaya tidak terlalu mendedahkan apa-apa. Bagi saya cukuplah perkongsian saya itu dan tidak mahu ulas lebih lanjut kerana netizen sekarang ini sangat bahaya,” katanya.

Susulan perkongsian foto itu, rata-rata netizen membuat andaian Zulin sedang dilamun cinta. Dalam pada itu, Zulin berkata dia hanya mahu peminat mengenalinya atas dasar karier dan perniagaan.

“Saya dah malas nak cerita kehidupan peribadi yang akan penuh dengan kontroversi nanti. Lagipun orang dah muak balik-balik cerita kisah cinta saya,” katanya.