Zizie Izette Bakal Sambut Cahaya Mata Kembar
Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Zizie Izette kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Berusaha merahsiakan perkara tersebut, Zizie akhirnya berkongsikan berita gembira itu di akaun Instagramnya.
BACA: “Yang Kutuk Saya Tu, Ada Tak Jam Rolex?”
Lebih mengujakan lagi apabila Zizie turut menyatakan bahawa cahaya mata hasil perkahwinannya bersama Datuk Bung Moktar Radin itu juga adalah kembar. Perkongsian gambar Izette yang menampakkan baby bump ternyata membuatkan peminat tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata pasangan ini.
Gembira dengan berita tersebut, peminat dalam masa yang sama turut mendoakan agar Zizie sentiasa berada dalam keadaan terbaik menjelang kelahiran yang dijangkakan pada bulan Disember atau Januari nanti.
Apa pun, semoga Zizie selamat menyambut kelahiran bayi kembarnya selain dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)
Tahniah…DCT pe lg GI LA tuntut ilmu dgn dia….mana tau ada rezeki.
Tahniah kt “Puan Seri Mawar” kita ni hehe. Jd masa berlakon aritu mmg dah ada isi laa yer? Mmg rezeki la tu. By the way samada kebetulan atau tidak beberapa plakon dri drama HSC ni dpt aura positif dri gandingan hero dan heroinnya. Uqasha yg sblm ni teruk dikecam peminat dgn isu buka tudungnya kembali disokong peminat2nya hasil dri watak “Puteri” dlm drama tu. Skang datin plak dpt twins. Mmg rezeki laa tu kan?
Ivf ke idak…kecoh la korang…kalu Allah x izin kan x jadi jugak..apasalah kita gembira atas pemberian Allah pd org lain kan.
Tahniah…semoga dipermudah diberikan kesihatan diri dan kandungan…semoga lepas ni turn saya la pla….hi…hi….insyallah…aaminn