Jika sebelum ini Aliff Syukri pernah makan bersila di lapangan terbang, kini jutawan kosmetik tersebut sekali lagi berkongsi video perkara yang lebih kurang sama ketika dia bercuti di Switzerland.

BACA: Aliff Syukri Tawar RM5,000 Tangkap Bibik Pencuri


Terliur jugalah tengok bekal yang dibawa Aliff. Katanya hidangan yang ada di depan mereka adalah air tangan dia dan juga isteri. Lebih menarik, nampak gayanya Aliff macam main terjah saja makan di kawasan yang sedikit lapang, asal boleh duduk dan letak lauk pauk.

Bagaimanapun Aliff sempat bergurau mengenai haters yang sentiasa ingin mencari kesalahan dan mengutuknya. Sempat menunjukkan jam jenama Rolex yang baru dibeli serta cincin berlian 4 karat, Aliff sempat bergurau mengenai orang yang mengutuknya.

“Takpelah, korang nak kutuk aku, kutuklah aku nak makan kat mana pun. Yang penting aku pakai cincin berlian 4 karat, aku pakai jam Rolex, baru beli ni. Kutuk kutuk, takpe. Kutuk lagi selagi mampu”


“Korang yang kutuk kutuk tu ada tak jam Rolex-nya? Takde, kan? Jahatlah, gurau je,” kata Aliff dengan nada bergurau. Seperti biasa, bersepah jugalah komen yang mengutuk perbuatan Aliff namun dilihat lebih ramai berpihak kepadanya.

Ada pihak yang boleh menerima gurauan tersebut namun ada juga yang mempertikaikan kata kata Aliff. Apa pun, semoga keluarga Aliff sihat belaka sepanjang percutian mereka. (rtky/s)