Pelakon Yusuf Bahrin merasakan dunianya gelap apabila dimaklumkan isterinya, Zizi Kirana ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel selepas kapal dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) dipintas awal pagi tadi.
Memetik Astro Awani, Yusuf berkata kali terakhir dia berbual dengan Zizi sekitar jam 1.40 pagi waktu Malaysia menerusi panggilan video.
BACA: Zizi Kirana Selamat Tiba Di Tunisia, Misi Ke G Semakin Dekat
“Ya Allah, hanya Tuhan yang tahu perasaan saya saat dimaklumkan. Rasa dunia saya gelap, tak tahu nak cakap apa. Tetapi saya reda dan bangga dengan perjuangan isteri saya.
“Dia telefon beritahu lega sangat dapat mandi sebab sepanjang sebulan mereka hanya guna air laut sahaja. Dia juga beritahu sudah bersedia dan minta saya doakan yang baik-baik,” katanya.
Sementara itu, Yusuf berkata Zizi turut memohon maaf dan meminta dihalalkan makan minumnya sepanjang dia bergelar isteri sebelum mereka ditamatkan.
Dalam pada itu, Yusuf menerima panggilan daripada Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) sekitar jam 8.30 pagi yang memintanya hadir ke pusat berkenaan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai isterinya.
Sumber: Astro Awani