Penyanyi Zizi Kirana berkongsikan perkembangan terbarunya di media sosial bahawa dia bersama kumpulan misi Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di Tunisia pada Ahad malam lalu.
Menerusi perkongsian di Threads, Zizi berkata tidak lama lagi mereka akan memasuki perairan antarabangsa yang disifatkannya sebagai kawasan Red Zone.
BACA: Zizi Kirana Berdepan Detik Cemas Kapal Didatangi Dron
Menurut Zizi lagi, mereka perlu bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan dan selepas ini mungkin agar sukar untuk mereka berkongsikan perkembangan lanjut.
“Semakin dekat dengan Tunisia sebenarnya semakin mendebarkan, kerana tak lama lagi kami akan masuk ke perairan antarabangsa, dan boleh dikatakan Red Zone.
“Jadi mungkin ketika itu agak susah dah kami nak update atau live. Kerana kami perlu sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
“Alhamdulillah sampai di Tunisia. Saya keluar naik ke bahagian atas kapal, dan terdengar laungan azan Allahuakbar Allahuakbar. Ya Rabb, Penolong ,Pelindung dan Penjaga kami satu-satunya,” tulisnya.
Sementara itu, Zizi berkata dia terharu dengan semangat serta doa yang diterima sepanjang 8 hari perjalanannya itu serta meminta kepada orang ramai untuk menyebarkan mengenai misi berkenaan.
“Tolong sebarkan pada 1 dunia, ini adalah misi Non -Violence! Supaya laknatullah tak boleh spin cerita!” katanya.