Timbul khabar angin rumah tangganya dikatakan berantakan, pemuzik dan komposer Zimi Sofazr mengesahkan rumah tangga yang dibina selama lapan tahun bersama Isma Salwana Ismail sudah pun berakhir.
Malah, Zimi juga mengesahkan dia menceraikan isterinya itu dengan talak satu menerusi rakaman suara aplikassi WhatsApp semalam. Ujarnya, kini mereka meunggu proses mahkamah.
BACA: Zimi Sofazr Selamat Diijabkabul Semalam
“Saya mengaku memang buat masa sekarang ada masalah rumah tangga. Saya sekarang dalam proses penceraian. Saya lafazkan talak ke atas bekas isteri semalam (Ahad) dan sekarang kami masih menunggu proses mahkamah.
“Urusan ke pejabat agama dan hak penjagaan anak semua saya serahkan pada pihak yang lebih mengetahui,” katanya kepada mStar Online.
Engga mendedahkan punca perceraian, Zimi menganggap bahawa dia dan bekas isterinya itu sudah tiada lagi persefahaman dan jodoh mereka setakat itu sahaja.
“Kami berdua dah tak sehaluan. Kami dah cuba untuk pertahankan perkahwinan ini, tapi tak boleh…jodoh dan tak ada. Mungkin sampai di sini saja la rumah tangga ini.
“Anak-anak kecil lagi, mereka masih memerlukan seorang ibu. Jadi, biarlah dia dapatkan hak penjagaan anak sebab dia lebih berhak,” katanya
Dalam pada itu, Zimi menafikan dakwaan mengatakan dia mengabaikan anak-anak kerana dia sentiasa menjaga kebajikan dan tidak pernah pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.